Monday, April 1, 2013

Apabila Pelajar serba tahu daripada guru

Pada zaman teknology ini,murid murid sarat dengan pelbagai maklumat.justeru, tidak mustahil mereka akan memperkatakan sesuatu di luar pengetahuan kita.sebagai guru jangan jadikan ia satu masalah.Sahutlah ia sebagai cabaran untuk kita sentiasa ke hadapan dengan ilmu terkini khususnya dalam bidang yang diajar.

   Iktiraflah pengetahuan mereka dengan menunjukkan kesediaan untuk berkongsi maklumat tersebut.Pada masa yang sama, laksanakan dengan penuh bijaksana agar kita tidak dilabel sebagai guru yang ketinggalan zaman atau kurang pengetahuan.

   Nyatakan dengan penuh ikhlas kepada mereka: "Mari kita cari jawapan bersama," atau "siapa boleh bantu memberi jawapan yang baik dalam kelas akan datang, cikgu akan beri hadiah."

   Sekiranya ada antara murid kita yang sentiasa datang dengan maklumat terkini dan berguna, iktiraflah keistimewaannya.Bukankah dengan cara itu memberi suntikan motivasi untuk mereka agar terus berusaha mencari maklumat yang seterusnya menjadi ilmu bagi mereka? Ini sudah tentu lebih bermakna daripada rasa tercabar dan cuba meremehkan usaha mereka.

0 comments:

Post a Comment