MATLAMAT SEKOLAH
Menggembeling seluruh tenaga dan usaha kearah kecemerlangan di segenap bidang bagi melahirkan pelajar yang berjaya dari segi akademik dan kokurikulum serta terdidik secara menyeluruh ke arah pembentukan sahsiah murni untuk mencapai matlamat KBSR dan FPK.
FALSAFAH SEKOLAH
Murid
“ Murid-murid sekolah ini mempunyai peluang untuk maju di bidang akademik dan berpotensi untuk menjadi warga yang cemerlang. Oleh itu, mereka perlu diberi peluang untuk menonjolkan keupayaan dan ketrampilan dalam segala bidang. “
Guru
“ Warga pendidik SKOL berkeupayaan dan berkebolehan untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu bagi melahirkan generasi yang berilmu dan mempunyai jati diri. “
0 comments:
Post a Comment