Latihan kebakaran 2013

Cikgu Tahir sedang beraksi memadam api

Majlis penyerahan bantuan awak persekolahan

Tetamu khas YB Marsom Bin Paing

Acara senamrobik skol

Riang ria bersenam robik

Acara sukan 2012

Siap sedia untuk berlari...

Sambutan Maulidur Rasul 2012

Perarakan oleh para pelajar ke sekeliling kampung Olak Lempit

Tuesday, April 2, 2013

Capaian pantas ke url Vle

dibawah adalah capaian pantas ke vle frog..

http://1bestarinet.net/?page_id=741

Monday, April 1, 2013

Bagaimana Gerhana matahari terjadi

1. Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari

boleh bayangkan tak ok kalau tak dapat imagine tgk gambar dibawah..

Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

ok.biasanya ada 3 jenis gerhana tgk bawah..

1.Gerhana penuh


 2.Gerhana Separuh

3.Gerhana cincin


semoga memberi manfaat kepada para pelajar tahun 6.

Apabila Pelajar serba tahu daripada guru

Pada zaman teknology ini,murid murid sarat dengan pelbagai maklumat.justeru, tidak mustahil mereka akan memperkatakan sesuatu di luar pengetahuan kita.sebagai guru jangan jadikan ia satu masalah.Sahutlah ia sebagai cabaran untuk kita sentiasa ke hadapan dengan ilmu terkini khususnya dalam bidang yang diajar.

   Iktiraflah pengetahuan mereka dengan menunjukkan kesediaan untuk berkongsi maklumat tersebut.Pada masa yang sama, laksanakan dengan penuh bijaksana agar kita tidak dilabel sebagai guru yang ketinggalan zaman atau kurang pengetahuan.

   Nyatakan dengan penuh ikhlas kepada mereka: "Mari kita cari jawapan bersama," atau "siapa boleh bantu memberi jawapan yang baik dalam kelas akan datang, cikgu akan beri hadiah."

   Sekiranya ada antara murid kita yang sentiasa datang dengan maklumat terkini dan berguna, iktiraflah keistimewaannya.Bukankah dengan cara itu memberi suntikan motivasi untuk mereka agar terus berusaha mencari maklumat yang seterusnya menjadi ilmu bagi mereka? Ini sudah tentu lebih bermakna daripada rasa tercabar dan cuba meremehkan usaha mereka.