Latihan kebakaran 2013

Cikgu Tahir sedang beraksi memadam api

Majlis penyerahan bantuan awak persekolahan

Tetamu khas YB Marsom Bin Paing

Acara senamrobik skol

Riang ria bersenam robik

Acara sukan 2012

Siap sedia untuk berlari...

Sambutan Maulidur Rasul 2012

Perarakan oleh para pelajar ke sekeliling kampung Olak Lempit

Tuesday, April 2, 2013

Capaian pantas ke url Vle

dibawah adalah capaian pantas ke vle frog..

http://1bestarinet.net/?page_id=741

Monday, April 1, 2013

Bagaimana Gerhana matahari terjadi

1. Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari

boleh bayangkan tak ok kalau tak dapat imagine tgk gambar dibawah..

Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

ok.biasanya ada 3 jenis gerhana tgk bawah..

1.Gerhana penuh


 2.Gerhana Separuh

3.Gerhana cincin


semoga memberi manfaat kepada para pelajar tahun 6.

Apabila Pelajar serba tahu daripada guru

Pada zaman teknology ini,murid murid sarat dengan pelbagai maklumat.justeru, tidak mustahil mereka akan memperkatakan sesuatu di luar pengetahuan kita.sebagai guru jangan jadikan ia satu masalah.Sahutlah ia sebagai cabaran untuk kita sentiasa ke hadapan dengan ilmu terkini khususnya dalam bidang yang diajar.

   Iktiraflah pengetahuan mereka dengan menunjukkan kesediaan untuk berkongsi maklumat tersebut.Pada masa yang sama, laksanakan dengan penuh bijaksana agar kita tidak dilabel sebagai guru yang ketinggalan zaman atau kurang pengetahuan.

   Nyatakan dengan penuh ikhlas kepada mereka: "Mari kita cari jawapan bersama," atau "siapa boleh bantu memberi jawapan yang baik dalam kelas akan datang, cikgu akan beri hadiah."

   Sekiranya ada antara murid kita yang sentiasa datang dengan maklumat terkini dan berguna, iktiraflah keistimewaannya.Bukankah dengan cara itu memberi suntikan motivasi untuk mereka agar terus berusaha mencari maklumat yang seterusnya menjadi ilmu bagi mereka? Ini sudah tentu lebih bermakna daripada rasa tercabar dan cuba meremehkan usaha mereka.

Friday, March 22, 2013

Selamat bercuti

Selamat bercuti kepada guru2 dan para pelajar sekalian semoga dengan dengan cuti penggal ini dapat memberikan semangat kepada para pelajar untuk dtg semula ke sekolah minggu hadapan. Isilah masa cuti ini dengan perkara yang bermanfaat banyakkan peluang adik2 sekalin untuk ke masjid menunaikan solat berjemaah 5 waktu kerana apabila adik adik dekatkan  diri dgn maha pencipta InsyaAllah, Allah juga akan dekat dengan adik2 dan mudah permohonan doa adik2 untuk berjaya dunia dan akhirat.

Pada sebelah malam jgn lupa untuk membaca sedikit surah2 dari al quran walaupun sedikit jika berterusan InsyaAllah hati adik2 akan tenang dan mdah menerima ilmu yang dicurahkan. ingatlah Al Quran adalah mukjizat.





login vle

Kali ni penulis nak update berkenaan cara nak login ke Vle frog sebab ramai dikalangan guru guru mungkin dah lupa pasal frog jadi untuk memudahkan mereka penulis update dlm blog ni supaya nanti nak login adala tempat rujukan. dengan adanya tutorial ni semoga mereka mudah nak buat rujukan samada dirumah or dimana mana mereka berada.

Sila klik pada butang tutorial diatas untuk rujukan untuk tutorial seterusnya penulis belum sempat nak menggodek isi kandungan vle frog jadi tunggu entry yang seterusnya.

sekian

admin..

Sunday, March 17, 2013

Blog sekolah



          Selamat datang ke blog sekolah sk olak lempit , memandangkan portal yang sedia ada akan luput tidak berapa lama lagi maka penulis telah bangunkan blog sebagai ganti kepada web yang sedia ada. Tapi masih lagi ditahap permulaan banyak lagi isi kandungan yang perlu disediakan.

sekian

wassalam..